Monday 16 April 2012

Aku bahagia bila kau bahagia Mr. =).


Awak, usah risau.
Perasaan yang saya rasakan selama ini semakin menghilang.
Tahniah kerana berjaya melakukannya.
Menjauhkan diri dari saya, ignore setiap mesej dan call dari saya.
Mungkin ini juga petunjuk Allah untuk saya.
Bahawa awak bukan untuk saya.


Awak, terima kasih atas huluran persahabatan itu.
Awak banyak memberikan kegembiraan untuk saya.
Terima kasih atas segalanya.


Awak, hanya satu pinta saya.
Usah bersedih lagi.
Andai dia bukan untuk awak, kuatkanlah semangat awak.
Andai dia kembali kepada awak, bahagiakanlah dia.
Saya akan selalu doakan kebahagiaan awak.


Awak, saya harap, kita akan terus berkawan.
Saya harap, awak masih sudi bergurau dengan saya seperti dahulu.
Saya harap, masih ada nasihat2 dari awak untuk saya pada masa akan datang.


Terima kasih atas segala kenangan indah yang dah awak lakarkan sepanjang perkenalan kita. =)


Aku bahagia bila kau bahagia =)


Alhamdulillah, aku berjaya MOVE ON. =)

No comments:

Post a Comment